PJM3106 Anatomi dan Fisiologi by ebak
Wassalam..Arahan Guru PJ
Saturday, June 8, 2013
Nota 'Ringkas' Anatomi dan Fisiologi.
Friday, August 31, 2012
Tuesday, December 27, 2011
PJM3106 Anatomi dan Fisiologi : Sistem Peredaran Darah
Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup.
Monday, December 26, 2011
PJM3111 - Kemahiran Permainan Bola Tampar
Assalamualaikum.
Ini merupakan salah satu tugasan yang pernah diberikan oleh pensyarah. Sekiranya ada sebarang kesilapan, jangan lah segan silu memberikan pembetulan. Harap dapat membantu.
PJM3107 Gimnastik-Gimnastik Artistik Skala
Ini merupakan nota ringkas daripada aku. Kalau ada sebarang kesilapan, sila beritahu saya melalui kotak komen di bawah. Terima kasih.
Thursday, December 1, 2011
PJM 3105 Pertumbuhan Dan Pembelajaran Perkembangan Motor : Peringkat Pemprosesan maklumat
3 peringkat pemprosesan maklumat.
Peringkat 1
Kenal pasti rangsangan – Rangsangan merujuk kepada semua jenis maklumat persekitaran yang diterima melalui reseptor sensori. Selepas reseptor sensori menerima rangsangan daripada persekitaran berbagai proses akan berlaku dalam sistem biologi. Dengan erti kata lain, peringkat pertama ini berperanan sebagai mentafsir maksud rangsangan yang wujud dalam persekitaran. Sebagai contoh, seorang pemain badminton yang menerima hantaran tinggi sebagai rangsangan dan akan mula bertindak untuk mematikan bola tersebut.
Peringkat 2
Pemilihan respon – peringkat kedua ialah pemilihan respon dan mempunyai pertalian yang bersepadu dengan peringkat pertama. Sekiranya peringkat pertama berperanan untuk mentafsirkan maksud sesuatu rangsangan maka peringkat kedua ini berperanan sebagai sistem yang menyediakan beberapa respon dan akan memilih respon yang terbaik dan releven dengan tafsiran rangsangan tersebut. Proses sistem biologi yang “mempersiapkan” keperluan untuk melakukan pergerakan yang dirancang. Sebagai contoh, sekiranya respon yang hendak dihasilkan ialah aksi menangkap, proses organisasi lakuan bertanggungjawab memastikan sistem-sistem yang bakal terlibat dengan aksi tersebut, contohnya otot tangan dan jari sudah “bersedia” untuk melakukan pergerakan tersebut
Peringkat 3
Pemprosesan respon – peringkat ini merupakan peringkat perlaksanaan pergerakan fizikal segala persiapan yang telah dilakukan diperingkat organisasi lakuan. Proses pelaksanaan lakuan adalah pergerakan yang dapat dilihat. Sebagai contoh, sekiranya seorang pemain badminton yang menerima hantaran bola tinggi sebagai rangsangan tadi maka lakuan yang tepat baginya akan membalas dengan pukulan smesy ke kawasan yang terbuka. Dalam peringkat ini juga, individu memperolehi pengalaman sensori daripada pengalaman yang telah dilakukan. Sebagai contoh, pengalaman sensori yang dimaksudkan ialah bentuk pergerakan yang dihasilkan dan perasaan yang dialami sama ada selesa atau tidak, sekiranya tidak selesa maka beberapa respon yang lain akan dilakukan sekiranya rangsangan yang sama diterima.
Tuesday, November 29, 2011
PJM3106 Anatomi dan Fisiologi : Pengenalan sistem tubuh manusia
Anatomi
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan dan ‘tome’ bermaksud memotong.
Fisiologi
Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh.
Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang
berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan.
Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum.
Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi
organisasi struktural iaitu, aras organisme.
Sistem-sistem tubuh manusia.
PJM 3107 Gimnastik : Sejarah dan Pengenalan
Pengenalan
Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk.
Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti , imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.
Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.
Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.
Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:
- Pendaratan
- Statik
- Gerak edar
- Putaran
- Hamburan
- Ayunan
Sejarah
Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai-ramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains ke masyarakat.
Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan. Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya.
Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik. Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan.

Pada tahun 1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah ditubuhkan. Kelab gimnastik atau turnverein merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat Dalam abad ke 18 dan 19 sukan gimnastik telah mendapat sambutan di negara-negara Scandinavia dan Jerman.
Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan. Gimnastik Swedish berdasarkan pergerakan berirama. Di negara Eropah yang penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan Olimpik 1896 acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia, Jepun, Czechoslovakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang dipertandingkan. Negara Rusia yang pertama kali menyertai pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helsinki pada tahun 1952.
Rusia telah memenangi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang dipertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik telah menjadi sukan yang penting dalam kalender sukan dunia. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu:
• Sukan Olimpik
• Kejohanan Dunia
• Kejohanan Eropah
Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali begitu juga dengan kejohanan gimnastik dunia namun kedua-dua kejohanan tidak dipertandingkan dalam tahun yang sama. Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun ganjil. Dalam kejohanan Eropah hanya pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja dipertandingkan dan dihadkan penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita
Friday, November 25, 2011
Konsep Setiap Tunjang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
Tunjang 1 : Kecergasan
Kecergasan merupakan suatu tunjang yang membincangkan keupayaan murid melakukan aktiviti secara berterusan tanpa merasa letih dan lesu. Tumpuan dan yang khusus pada tunjang ini ialah komponen kesihatan dan komponen motor. Dalam tunjang kecergasan ini tidak semua aspek kesihatan fizikal diajarkan kepada murid. Terdapat beberapa tajuk yang tidak diajar kepada murid. Tajuk daya tahan otot dan kekuatan otot tidak diajarkan kepada murid tahun satu sehinggalah murid tahun tiga adalah mengambil kira faktor murid masih lagi lemah dari segi pembinaan otot kerana pada masa kini tisu otot dan tisu tulang. Pada masa kini, pembentukan sel tulang matang (osteosit) hasil daripada pemerangkapan fiber dan mineral oleh sel pembentuk tulang (osteoblast) sedang aktif berlaku. Oleh itu, aktiviti yang terlalu berat akan mengganggu proses pembentukan tulang ini. Berbanding murid di tahap 2, perkembangan tulang dan otot mereka adalah lebih matang sedikit daripada murid tahap 1. Dengan sokongan daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan, maka proses pembentukan tulang dan otot tidak akan diganggu. Malah otot dan tulang akan dilatih untuk menjadi lebih kuat dan matang. Sebagai contoh murid tahap 2 talah mula diberikan dengan tugasan aktiviti-aktiviti yang berperingkat berdasarkan umur.
Tajuk-tajuk Daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan merupakan tajuk yang diajar kepada murid tahap 1 sehingga ke tahap 2. Hal ini kerana, komponen tajuk ini membantu murid dalam proses perkembangan mereka. Perkembangan otot kardiak dan tisu otot perlu di bantu melalui latihan/ aktiviti yang boleh membantu seperti latihan aerobik bagi daya tahan kardiovaskular dan aktiviti seperti dirian Y, imbangan bangau, lentik kucing dan lari ulang-alik pula boleh membantu aspek imbangan, koordinasi dan ketangkasan. Komposisi badan pula diterapkan semasa tahun 6 kerana murid-murid tahun 6 sudah memiliki tubuh badan yang matang dan perlu dibentuk. Pada peringkat ini kesesuaian sukan yang diceburi juga berkaitan dengan anggota tubuh yang dimiliki. Masalah kegemukan juga dapat diatasi.
Tunjang 2: kemahiran
Tunjang 2 pula merupakan tunjang yang membincangkan dan menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan oto halus. Dalam tunjang kemahiran ini, tajuk-tajuk yang disentuh ialah kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi. Tahap 1 hanya mempelajari pergerakan asas, gimnastik dan pergerakan kreatif. Komponen tajuk ini sebenarnya satu signifikan daripada tajuk yang diajar di tunjang 1. Sebagai contoh, tajuk kelenturan dan koordinasi merupakan tajuk yang signifikan untuk murid belajar pergerakan kreatif, pergerakan asas dan gimnastik di tunjang 2. Oleh itu, pengalaman pembelajaran murid tidak akan mengganggu pembelajaran sedia ada mereka. Manakala permainan dan olahraga pula akan diajarkan kepada murid di tahap 2 kerana murid perlu diberikan tapak yang kukuh untuk mempelajari kemahiran olahraga dan permainan. Contohnya, dalam permainan bola baling, kemahiran memanipulasikan alatan seperti menyambut, membaling, berlari dan lain-lain lagi bermula daripada lakuan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor. Oleh itu, sekiranya kemahiran pergerakan asas telah diajarkan pada tahap 1, tiada masalah untuk mengajarkan kemahiran asas permainan dan olahraga.
Tunjang 3 Kesukanan
Tunjang 3 pula membincangkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan dalam kehidupan murid sebagai ahli dalam masyarakat. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. Isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan sukan dan etika dalam sukan tidak diajar di tahap 2 kerana tahap 1 masih muda dan mentah untuk menerima maklumat yang banyak dan susah. Penekanan pada peringkat sekolah rendah juga tidak terlalu ketat, memadai sekadar untuk menjadi pengetahuan asas murid semasa bersukan nanti.
Huraian Pelajaran Pendidikan Jasmani
Huraian sukatan pelajaran merupakan satu dokumen yang telah memperincikan dan menjelaskan dengan lebih lanjut sebarang maklumat yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran. Dalam dokumen ini, guru diminta untuk menjadi seorang yang kreatif dan bijak dalam memilih, mengolah dan menyusun aktiviti yang bersesuaian dengan murid. Guru boleh menambah tajuk di mana-mana yang perlu mengikut kesesuaian sekolah, murid dan persekitaran. Huraian sukatan ini hanya sekadar panduan kepada para guru untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan dan terbaik.
Kandungan dalam Huraian Sukatan Pelajaran berbeza dengan apa yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran. Perkara yang jelas berbeza ialah huraian sukatan mengandungi perincian terhadap objektif am kurikulum Pendidikan Jasmani untuk sekolah rendah. Dalam hasil pembelajaran huraian sukatan pelajaran terdapat tiga aras yang perlu dikuasai oleh murid. Aras pertama adalah aras yang mudah dan perlu dikuasai oleh murid. Bagi murid yang berkeupayaan dan berkebolehan adalah digalakkan untuk menguasai aras 2 dan aras 3.
Dalam huraian sukatan pengagihan masa bagi setiap tajuk dalam sesuatu tunjang pada setiap tahap adalah berkait rapat dengan perkembangan umur dan kemahiran motor murid. Pembahagian tajuk ini adalah sangat bersesuaian dan tidak melanggar aturan perkembangan mereka. Berikut merupakan klasifikasi pembahagian komponen tajuk-tajuk dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani mengikut tahap.
Konsep Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
Ramai yang masih keliru atau masih tercari-cari, apakah konsep sebenar Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan bagaimana Sukatan Pejaran tersebut berhubungkait dengan Pendidikan Jasmani di Malaysia. Semua sedia maklum bahawa Pendidikan Jasmani diajarkan secara berbeza mengikut kesesuaian iklim pendidikan sesuatu negara. Oleh itu, di sini saya akan membincangkan seringkas mungkin bagaimana Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia dipraktikkan. Selamat Membaca!
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Pendidikan Jasmani. Sukatan Pelajaran ini merangkumi matlamat, objektif dan Organisasi kandungan merangkumi kemahiran berfikir, nilai-nilai murni, strategi pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan kandungan sukatan pelajaran yang membincangkan tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Sukatan pelajaran juga merupakan satu dokumen yang memberi panduan tentang skop dan kandungan mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi membantu guru-guru merancang pengajaran dan pembelajaran mereka.
Dalam erti kata lain, Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan platform pertama dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Jasmani dan Kurikulum Pendidikan Jasmani. Kandungan pelajaran yang terdapat did alam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR menekankan keupayaan dan perkembangan murid yang cergas dan aktif.
Penyusunan kandungan pelajaran Pendidikan Jasmani mengambil kira prinsip-prinsip perkembangan kurikulum itu sendiri. Penyusunan ini merangkumi prinsip pengulangan (repetition), kesepaduan (integration), ansur maju (progression), skop (scope) dan turutan (sequencing).
Prinsip pengulangan menyatakan bahawa ketiga-tiga tunjang adalah berulang dari tahun1 – 6. Manakala dalam kesepaduan pengajaran bagi semua pelajaran perlu mengambil kira konsep bersepadu yang merentasi kurikulum. Dua konsep utamanya ialah “intra” dan “inter”. “intra” ialah komponen utama yang terkandung di dalam Pendidikan Jasmani itu sendiri manakala “inter” pula ialah integrasi dengan pelajaran lain seperti seni dan muzik. Prinsip Ansur maju pula membincangkan susunan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang mengambil kira keutamaan topik bermula dengan yang mudah beransur menjadi kompleks. Penyusunan ini mengambil kira faktor perkembangan murid. Skop pula menggariskan ruang lingkup pengajaran itu boleh berlaku atau disampaikan oleh murid kepada guru. Prinsip turutan pula merupakan faktor yang menyebabkan sesuatu sukatan itu berlaku dalam turutan yang betul dan sentiasa berkesinambungan.
Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani, terdapat objektif yang dibincangkan mengikut tahun. Objektif ini diulang-ulang aspek kesepaduannya, ansur maju, skop dan turutan. Mengambil objektif am pelajaran bagi tahun 1 hingga 4, objektif am dalam tahun tersebut secara keseluruhannya mensasarkan murid-murid dapat melakukan aktiviti asas yang signifikan dengan perkembangan mereka. Apabila pembentukan kemahiran dan pengetahuan asas ini telah dibentuk maka mudahlah murid-murid tersebut melakukan aksi yang seterusnya yang lebih sukar dan pada tahap yang lebih tinggi. Manakala pada tahun 5, perbezaan dapat dilihat melalui objektif am yang digariskan.
Objektif am tersebut mengkehendaki murid untuk mula mengaplikasikan kemahiran asas yang dipelajari dan dapat menggabungkan dua dan lebih kemahiran dalam satu-satu masa. Objektif am bagi tahun 6 pula menggariskan satu pencapaian bagi kemahiran asas pada peringkat rendah. Dalam objektif ini, sukatan mensasarkan murid sudah boleh mengaplikasikan semua kemahiran permainan, olahraga dan gimnastik dengan betul dan selamat. Penekanan aspek sosial dan pergaulan turut ingin dicapai termasuklah pengetahuan terhadap nilai dan peraturan dalam masyarakat.
Pengenalan : Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani
Namun secara menyeluruh Pendidikan Jasmani adalah proses pendidikan yang memanfaatkan aktiviti jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan meningkatkan individu secara organik, neuromuskuler, perseptual, kognitif, dan emosional, dalam kerangka sistem pendidikan kebangsaan. Pada dasarnya pendidikan jasmani merupakan bahagian integral dari sistem pendidikan secara keseluruhan. Bertujuan untuk mengembangkan kesihatan, kesegaran jasmani, penampilan berfikir secara kreatif dan kritis, stabiliti emosi, keterampilan dalam bersosial, tindakan dan tingkah laku moral melalui aktiviti jasmani.
Pettior (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan dan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan dalam menjadi aktif dan mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal.
Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata yang diperoleh daripada kegiatan di padang sekolah sahaja. Tetapi boleh dikatakan bahawa kegiatan yang tersusun dan melibatkan usaha jasmani dan mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam bidang Pendidikan Jasmani.
Fokus Pendidikan Jasmani tidak hanya tertumpu pada aktiviti fizikal tanpa melibatkan sebarang penglibatan emosi dan sosial. Dalam memenuhi perkembangan naluri kanak-kanak yang suka dengan keseronokan maka pendekatan permainan yang dikembangkan oleh Bunker and Thorpe (1982) meletakkan murid berada dalam situasi permainan yang sebenar yang mana taktik, membuat keputusan, penyelesaian masalah dan kemahiran turut dikembangkan dalam masa yang sama. Banyak kajian yang berkaitan turut dikembangkan antaranya ialah ‘Game Sense’ (den Duyn, 1997), ‘Games for Understanding’ (Bunker & Thorpe, 1982), ‘Play Practice’ (Launder, 2001) dan ‘Games Concept Approach’ (Wright, Fry, McNeil, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light 2003).
Oleh itu, Pendidikan Jasmani seharusnya membekalkan ruang untuk membentuk “kanak-kanak” yang mantap secara menyeluruh (whole child) yang mengambil kira pembangunan aspek-aspek psikomotor, kognitif dan afektif.
Pengenalan : Konsep Pendidikan Jasmani berdasarkan Sukatan Pelajaran
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai
matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.
Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.
MATLAMAT
Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
OBJEKTIF
Murid boleh :
- mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor;
- menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;
- melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
- mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal;
- membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
Nota Kaki :
Secara kesimpulannya, mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, PJ terbahagi kepada 3 Tunjang utama.
- Tunjang Kecergasan
- Tunjang Kemahiran
- Tunjang Kesukanan
Pengenalan : Sejarah Pendidikan Jasmani dan Sukan.
- Sistem pendidikan asal, iaitu system pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat.
- Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
- Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.
Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani.
Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah itu ialah dibawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi.
Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun peajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidakm formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat.
Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasmani. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby.
Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.
Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.
Saturday, December 25, 2010
Kadar denyutan jantung
Kadar denyutan jantung adalah berapa kali jantung anda berdegup dalam masa seminit. Anda boleh mengukur kadar denyutan jantung dengan merasa nadi arteri-(rentak pengembangan dan pengucupan jantung) apabila darah dipaksa melaluinya dengan pengucupan jantung.
Ini dapat mengukur sekuat mana jantung anda bekerja.Nadi anda dapat dirasa pada pergelangan tangan, leher, pangkal peha atau bahagian atas kaki - kawasan yang dekat dengan kulit. Selalunya, manusia mengukur denyutan nadi mereka pada pergelangan tangan yang dipanggil 'radial pulse'.
cara mengukur kadar nadi
Untuk mengukur denyutan nadi adalah senang. Ia tidak memerlukan sebarang peralatan. Walaubagaimanapun, jam yang mempunyai unit kaunter saat digital amat membantu.
Pusing tapak tangan dengan cara menghadap ke depan.
Letakkan indek dan jari tengah tangan yang sebelah lagi ke pergelangan tangan anda sekurang-kurangnya seinci di bawah tapak tangan.
Tekan jari anda ke bawah antara gugusan tendon tengah dan luaran. Anda akan merasa denyutan nadi.
Kira berapa kali ia berdenyut dalam masa 10 saat, dan kemudian gandakan dengan 6. Ini akan memberikan bacaan nadi anda untuk seminit.
Contoh:-
Jika anda mengira 12 denyutan untuk 10 saat, gandakan 12 x 6=72. Ini bermakna kadar denyutan nadi anda ialah 72.
Satu cara lagi yang popular adalah dengan mengukur pada bahagian leher.Ini selalunya dilakukan semasa menjalani senaman.Formulanya adalah sama seperti dengan mengukur pada pergelangan tangan. Mengukur kadar denyutan nadi anda pada waktu pagi atau semasa duduk tanpa sebarang senaman dikenali sebagai 'Kadar Denyutan Masa Rehat'.
Kadar Denyutan Normal
Denyutan nadi masa berehat dalam anggaran 60-90 boleh dianggap sebagai kadar denyutan jantung yang normal. Denyutan jantung anda adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuklah tahap kecergasan dan tekanan anda. Walaubagaimanapun, jika nadi anda berterusan berada pada tahap atas 90, anda patut pergi berjumpa doktor.Keadaan ini dipanggil 'tachycardia' (kenaikkan denyutan jantung).
Kebanyakkan atlit mempunyai kadar nadi dalam lingkungan 40-60, bergantung kepada tahap kecergasan mereka. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalah bagus, tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh seperti rentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit. Jika anda mengalami keadaan ini pada kebanyakkan masa, anda harus berjumpa doktor anda.
Keadaan ini dipanggil 'bradycardia' dan boleh menjadi berbahaya terutama bila tekanan darah turut rendah. Simptom-simptomnya adalah seperti letih, kurang tenaga dan pengsan.Jika ini berlaku, anda perlulah mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Banyak faktor yang mempengaruhi kadar nadi. Ini termasuklah emosi, suhu, keadaan postur (duduk, berdiri atau berbaring) dan juga saiz badan anda.
Sasaran kadar bagi Kadar Denyutan Jantung
Ambil 220 dan tolakkan dari umur anda
Ini akan memberi kadar denyutan nadi ramalan yang maksimum. Sebagi contoh, jika anda 42 tahun, tolakkan (220-42=178). Ini memberitahu limit pysiological maksimum anda, sama seperti berapa pantas jantung anda berdenyut dalam seminit.
Kebayakkan program senaman menyarankan jika seseorang baru sahaja bermula, kadar nadi semasa bersenam tidak akan sampai 60-70% dari kadar maksimum denyutan nadi.
Sebagai contoh, 60% dari 178=107 bpm, dan jika anda berterusan senaman, peratusan bagi kadar maksimum nadi sepatutnya dijadikan matlamat untuk dinaikkan.
Pengiraan zon kadar denyutan nadi yang dikehendaki (Target Heart Rate):-
Mulakan dengan kadar maksimum nadi anda seperti di atas.
Gandakan kadar maksimum denyutan nadi (Maximum Heart Rate) anda dengan 0.8 untuk menentukan limit bahagian atas zon kadar nadi yang dikehendaki.(Upper Limit Target Heart Rate Zone) (bahagikan dengan 6 untuk mendapatkan kadar untuk 10 saat).
Gandakan kadar maksimum denyutan nadi (Maximum Heart Rate) anda dengan 0.6 untuk menentukan limit bahagian bawah zon kadar nadi yang dikehendaki..(Lower Limit Target Heart Rate Zone) (bahagikan dengan 6 untuk mendapatkan kadar untuk 10 saat).
Contoh
Untuk orang yang berumur 42 tahun,
220-42= 178 Kadar nadi maksimum ( Maximum heart rate)
178 x 0.8 = 142 limit bahagian atas zon kadar nadi yang dikehendaki. (Upper limit of target heart zone (142/6= 24 per 10 saat)
178 x 0.6 = 107 limit bahagian bawah zon kadar nadi yang dikehendaki. (Lower limit of target heart zone (107/6= 18 per 10 saat)
Kadar maksimum denyutan nadi anda adalah kadar denyutan yang jantung anda patut sampai selepas senaman yang memenatkan.
Kadar denyutan nadi anda patut diukur semasa tahap pemanasan, ketika bersenam dan selepas bersenam. Jika semasa senaman anda mencapai tahap limit bahagian atas zon kadar nadi, anda patut menurunkan tahap senaman anda. Dan jika pada penamat kadar nadi anda adalah kurang dari limit bahagian bawah zon kadar nadi yang dikehendaki, anda patut bersenam lebih pada masa akan datang.
Kadar Denyutan Jantung Pemulihan
Salah satu cara untuk mengetahui samada anda mendapat manfaat dari senaman yang anda lakukan adalah dengan cara mengukur Kadar Denyutan Nadi Pemulihan (Recovery Heart Rate).
Ia mengukur berapa cepat anda kembali kepada keadaan Kadar Nadi Semasa Berehat (Resting Heart Rate) selepas bersenam. Untuk mengukur Kadar Denyutan Nadi Pemulihan (Recovery Heart Rate):
Ambil nadi anda untuk 10 saat sebaik sahaja anda lepas bersenam. Tuliskan nombor tersebut. Seminit kemudian, ambil lagi kadar nadi anda dan tuliskan. Tolakkan nombor pada keadaan nadi pertama dengan kadar nadi ke-2. Maka ini adalah Kadar Denyutan Nadi pemulihan.
Minum Air VS Perut Kosong
(terbelit lidah menebutnya..)

1. Setelah anda Bangun pagi (sebelum beredar dari bilik ke bilik mandi), minum 4 x 160 gelas air
2. Gosok dan bersihkan mulut tapi jangan makan/minum apa-apa selama 45 minit
3. Makan dan minum seperti biasa selepas 45 minit :)
4. 15 minit selepas sarapan, makan tengah hari dan makan malam, jangan makan atau minum selama 2 jam
5. Untuk anda yang tua ataupun sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada saat bolehlah mula dengan meminum sedikit air terlebih dahulu dan kemudian ditingkatkan secara berkala sehingga 4 gelas sehari
Kaedah ini adalah yang paaaaaaaling murah dan paaaaaaling tidak memberi kesan kecuali menjadi pelawat toilet yang paling setia.

1. Tekanan darah tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit~ atau omputeh ckp constipation! (10 hari)
5. Cancer (180 hari)
6. Tuberculosis(TB) (90 hari)
7. Pesakit Athritis disarankan untuk mengikuti kaedah rawatan di atas ini selama hanya 3 hari pada minggu pertama dan setiap hari dari minggu kedua hingga minggu2 seterusnya
Minum air kosong yang bersih dan segar adalah baik kepada kesihatan kita. Jadi ada baiknya sekiranya kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat, tidak perlu lah memberli kesihatan dengan membelanjakan duit yang banyak. Cukup la sekadar yang termampu dan menggunakan kemudahan yang ada. kan..kan.kan..
regards :
TeamHyperX
Friday, November 12, 2010
Konsep Model Bunker & Thorpe (1982)
} Hopkins 1975, Pembelajaran kemahiran melalui keseronokan.
} Werner 1996, Peningkatan keseronokan (enjoyment) dan penglibatan dikaitkan dengan peningkatan prestasi
Langkah 1
Permainan
· ( Nama Permainan )
· Fikirkan tentang;
· Kawasan
· Bilangan pemain
· Alatan
KUMPULAN SESARAN
• Pelajar/Murid
Langkah 2
} Apresiasi Permainan
◦ Peraturan Permainan
◦ Ubahsuai
◦ Variasi
Langkah 3
} Kesedaran Taktikal
◦ Prinsip pergerakan
◦ Ruang dan masa
◦ Situasi lanjut
◦ Kesan kelemahan lawan
Langkah 4
} Membuat Keputusan
} Apa yang perlu dilakukan?
◦ Nilai situasi
◦ Kenal pasti dan menjangka kemungkinan
} Bagaimana melakukannya?
◦ Pemilihan tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.
Langkah 5
} Pelaksanaan Kemahiran
} Butiran mengajar untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan
Langkah 6
} Prestasi
} Penilaian kebolehan berasaskan kriteria
Kitaran Model Bunker & Thorpe 1982
KATEGORI/JENIS PERMAINAN
} Sasaran (Target)
} Pukulan (Striking)
} Jaring/Dinding (Net/Wall)
} Serangan/Kawasan (Invasion/Territory)
Sasaran (Target)
} Penekanan kepada ketepatan dan kawalan.
} Modifikasi cabaran;
◦ Saiz sasaran
◦ Jarak dan peralatan
◦ Sasaran bergerak
1. Perlahan
2. Laju
} Strategi
◦ Menyerang = merancang bagi mengenakan sasaran dengan mudah.
◦ Bertahan = mempertahan/menghalang objek daripada mengenakan sasaran.
Jenis-jenis sukan permainan
Sasaran.
} Archery
} Golf
} Lawn bowls
} Tenpin bowling
} Bocce
} Croquet
} Billiards and
} snooker
Jaring/Dinding (Net/Wall)
} Melibatkan pergerakan, kawalan dan pukulan ke arah ruang ditetapkan.
} Pemain akan membuat pihak lawan sukar untuk menerima atau mengembalikan objek permainan.
} Strategi
- Menyerang = menghantar objek di tempat yang sukar bagi pasukan lawan untuk mengembalikannya.
- Pemboleh ubah seperti ruang, kelajuan, jarak dan ketinggian laluan objek.
- Bertahan = sentiasa bersedia dan kawal ruang serangan.
Jenis-jenis sukan permainan Jaring/Dinding
} Badminton
} Squash
} Tennis
} Table tennis
} Volleyball
Pukulan/Pemadang (Striking/Fielding)
} Melibatkan larian, pukulan, lontaran, tendangan, dan tangkapan.
} Runners memukul, menendang atau melontar objek dan lari ke tapak ditetapkan.
} Fielders cuba dapatkan objek dan menghentikan larian lawan.
} Strategi
◦ Menyerang = arah gerak objek (Placement) bertujuan menyukarkan fielders .
◦ Bertahan=bertindak balas dan menjangka (anticipate) pergerakan objek, Sentiasa bersedia dan gerak pantas mendapatkan objek.
Jenis-jenis sukan permainan Pukulan
} > Cricket
} > Softball
} > Baseball
Serangan/Kawasan (Invasion/Territory)
} Melibatkan kawalan objek dan menjauhkannya daripada pihak lawan sambil menyerang.
} Boleh melibatkan tendangan, balingan dan sebagainya.
} Strategi
◦ Menyerang = mengawal objek daripada dirampas pihak lawan. Cuba buat serangan untuk mendapatkan gol (Kemenangan). Bergerak sambil membuka ruang serangan
◦ Bertahan = menghalang penyerangan mendapat gol/mata dengan berada di perantaraan penyerang dengan ruang serangan. Gunakan tangan, kaki atau kayu atau badan untuk menyekat serangan. Kawalan gol (Serangan).
Jenis-jenis sukan permainan Serangan/Kawasan
} Hockey
} Soccer
} Australian
} rules football
} Rugby league
} Rugby union
} Touch
} Water polo
} Basketball
Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Mengelola dan Mengurus Permainan Kanak-Kanak
} Kenal pasti latar belakang murid-murid.
} Kawasan permainan selamat dari sebarang ancaman bahaya.
} Sentiasa sediakan peti pertolongan cemas.
} Pakaian pemain sesuai
} Peralatan dipastikan kesesuaian dan selamat digunakan.
} Ubahsuai tahap kesukaran permainan berdasarkan umur murid-murid.
} Kawal bilangan pemain.