Arahan Guru PJ

Anda DIBENARKAN untuk copy, cut, mengambil, kongsi, memberi pendapat atau apa sahaja dengan apa cara sekalipun mengenai kandungan dalam blog ini. TIADA larangan daripada Tuan Padang. Ilmu itu harus disebarkan. Jangan lupa berikan KOMEN dan Happy Blogging :-)
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Minum Air VS Perut Kosong

Salam Hidup Sihat semua...
Sekarang kat Jepun, meminum air ketika perut kosong (especially bila bangun pagi) sangat popular. Apa kebaikannya meminum air dalam keadaan perut kosong? Kajian saintifik di Jepun telah membuktikan air berkesan untuk menyembuh penyakit-penyakit seperti Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.
(terbelit lidah menebutnya..)





KAEDAH RAWATAN
1. Setelah anda Bangun pagi (sebelum beredar dari bilik ke bilik mandi), minum 4 x 160 gelas air
2. Gosok dan bersihkan mulut tapi jangan makan/minum apa-apa selama 45 minit
3. Makan dan minum seperti biasa selepas 45 minit :)
4. 15 minit selepas sarapan, makan tengah hari dan makan malam, jangan makan atau minum selama 2 jam
5. Untuk anda yang tua ataupun sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada saat bolehlah mula dengan meminum sedikit air terlebih dahulu dan kemudian ditingkatkan secara berkala sehingga 4 gelas sehari

Kaedah ini adalah yang paaaaaaaling murah dan paaaaaaling tidak memberi kesan kecuali menjadi pelawat toilet yang paling setia.



Senarai di bawah adalah jumlah hari yang akan diperlukan untuk merawat atau mengurangkan penyakit :
1. Tekanan darah tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit~ atau omputeh ckp constipation! (10 hari)
5. Cancer (180 hari)
6. Tuberculosis(TB) (90 hari)
7. Pesakit Athritis disarankan untuk mengikuti kaedah rawatan di atas ini selama hanya 3 hari pada minggu pertama dan setiap hari dari minggu kedua hingga minggu2 seterusnya

Minum air kosong yang bersih dan segar adalah baik kepada kesihatan kita. Jadi ada baiknya sekiranya kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat, tidak perlu lah memberli kesihatan dengan membelanjakan duit yang banyak. Cukup la sekadar yang termampu dan menggunakan kemudahan yang ada. kan..kan.kan..



regards :
TeamHyperX

Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Friday, April 17, 2009

Koponen Kecergasan Fizikal

Komponen kecergasan Fizikal terahagi kepada dua bahagian iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan tetapi sekiranya seseorang yang ingin mempunyai prestasi yang tinggi dan mantap seperti atlit, ia perlu menguasai kedua-duanya sekali gus.

Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan
Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan penjagaan
kesihatan diri secara keseluruhan. Kecergasan ini merangkumi lima
komponen utama, iaitu:

1. Daya tahan kardiorespiratori
Daya tahan kardiorespiratori atau kardiovaskular ini didefinisikan
sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien, terutama oksigen, ke
otot-otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika
kerja fizikal yang berterusan. Komponen ini melibatkan efisiensi
jantung, salur darah dan paru-paru.

2. Daya tahan otot
Daya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkan
daya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan atau
mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang
panjang. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu
jangka masa yang panjang pada intensiti yang rendah.

3. Kekuatan otot
Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot atau
kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan.
Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka
masa yang pendek pada intensiti yang tinggi.

4. Fleksibiliti
Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan
sepenuhnya. Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien,
juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagian
sendi dan otot.

5. Komposisi badan
Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan
berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran
kegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. Kelebihan lemak
dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.


Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor

Kecergasan berlandaskan perlakuan motor berkait rapat dengan
pencapaian kemahiran dalam aktiviti sukan. Kecergasan ini merangkumi
enam komponen, iaitu:

1. Kepantasan
Kepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakan
dalam suatu jangka masa yang singkat.

2. Kuasa
Kuasa berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja.

3. Koordinasi
Koordinasi berkait rapat dengan keupayaan menggunakan deria
seperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan anggota badan
dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat.

4. Keseimbangan
Keseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan
keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak.

5. Ketangkasan
Ketangkasan berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau
pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang.

6. Masa tindak balas
Masa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus
dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka