Arahan Guru PJ

Anda DIBENARKAN untuk copy, cut, mengambil, kongsi, memberi pendapat atau apa sahaja dengan apa cara sekalipun mengenai kandungan dalam blog ini. TIADA larangan daripada Tuan Padang. Ilmu itu harus disebarkan. Jangan lupa berikan KOMEN dan Happy Blogging :-)

Tuesday, December 27, 2011

PJM3106 Anatomi dan Fisiologi : Sistem Peredaran Darah


Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup.

Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-za makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.

Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.

Peredaran Pulmonari
Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari.

Peredaran Sistemik
Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke jantung

Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada
  • Jantung
  • Saluran darah
  • Darah
Jantung
Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri.
Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum.

Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu:

  • Pericardium (luar)
  • Myocardium (tengah)
  • Endocardium (dalam)
Jantung mempunyai 4 ruang iaitu:
  • 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium
  • 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel
Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung.


Aliran Darah

Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.

Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri.

Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.

Denyutan Jantung.
"Anda boleh merujuk di sini untuk nota ini"

Struktur dan Fungsi Salur Darah
Terdapat 3 jenis salur darah yang utama:
  • Arteri
  • Vena
  • Kapilari
Arteri
Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari


Vena

Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.

Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkencil sekali dinamakan venul
Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

Kapilari Darah


Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.

Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.


Darah
Darah ialah satu jenis bendalir badan dalam badan manusia. Darah ditakrifkan sebagai bendalir badan yang terdiri daripada plasma yang mengapungkan luekosit, eritrosit, faktor pengumpal dan unsur-unsur ion.

Ia merupakan suatu tisu tetapi bersifat bandalir, beredar di dalam badan dengan bantuan pengecutan otot-otot rangka dan otot-otot jantung.
Darah manusia terdiri daripada 2 komponen:

Komponen sel: Membentuk 45% daripada isipadu darah. Terdapat 3 jenis sel darah yang utama, iaitu sel darah merah (eritrosit), sel darah putih (leukosit) dan platlet(trombosit).

Komponen plasma: Membentuk 55% daripada isipadu darah. Air membentuk sebahagian besar daripada plasma.

Darah terdiri daripada
  • Pepejal (sel darah ) 40%
  • Cecair (plasma) 60%
Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah. Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet)

Sel Darah Merah
Saiz: Diameternya 8 mikrometer (0.008mm) dan tebalnya 2 mikrometer (0.002mm)

Rupa bentuk:
a) Berbentuk cakera dwicekung
b) Membrannya yang bersifat kenyal itu membolehkannya berubah menjadi lebih berbentuk sabit semasa lalu menerusi kapilari darah yang sempit.

Kandungan:
a) Eritroit yang matang tidak mempunyai nukleus.
b) Merupakan suatu pundi yang mengandungi larutan pekat pigmen merah yang disebut hemoglobin.
c) Hemoglobin ditakrifkan sebagai pigmen respirasi yang didapati pada eritrosit haiwan vetebrat.
d) Hemoglobin ialah suatu molekul kompleks yang terbina daripada 4 kumpulan hem. Kumpulan hem mengandungi besi (ferum) dan berwarna.
e) Oksigen berpadu dengan hemoglobin. Setiap daripada 4 atom besi di dalam satu molekul hemoglobin berupaya berpadu secara longgar dengan satu molekul oksigen.

Ciri-ciri lain:
a) Tempoh hayat eritrosit adalah kira-kira 120 hari.
b) Eritrosit yang tua disingkirkan daripada aliran oleh makrofaj, iaitu sel berbentuk ameba yang didapati di dalam organ limpa, sumsum tulang, nodus limfa dan hati.
c) Eritrosit baru dibentuk di dalam sumsum tulang yang terdapat pada tulang panjang dada dan anggota. Eritrosit baru menggantikan eritrosit yang tua dan yang tercedera.


Sel Darah Putih
Saiz: Berubah-ubah; 10 mikrometer (0.01mm)

Rupa bentuk: Luekosit boleh menukar bentuknya. Pertukaran bentuk berlaku apabila menembusi dinding kapilari darah dan semasa fagositosis.

Kandungan:
a) Makanan sel meliputi protoplasma yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma.
b) Mempunyai nukleus yang mungkin bercuping.
c) Tidak berwarna kerana sitoplasmanya tidak mempunyai hemoglobin.
d) Leukosit mempunyai sitoplasma yang bergranul atau tidak bergranul.

Ciri-ciri lain:
a) Leukosit dibentuk di dalam sumsum tulang dan di tisu-tisu limfa seperti di nodus limfa, tonsil, timus dan limfa.
b) Leukosit tersebar bukan sahaja dalam sistem peredaran tetapi, juga di dalam sistem limfa dan di dalam tisu-tisu perantara.
c) Tempoh hayat leukosit adalah singkat, kira-kira 2 atau 3 hari sahaja.
d) Leukosit dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu granulosit dan agranulosit.
e) Granulosit mempunyai sitoplasma bergranul dan nukleus berbilang cuping.


Sel Pembeku Darah (Platelet)
Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. Sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari


Fungsi Darah
  1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan.
  2. Melawan jangkitan kuman.
  3. Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormon dan enzim-enzim.
  4. Memberi warna kepada kulit
  5. Mengawal suhu badan.

Sekiranya ada sebarang keperluan nota, sila nyatakan dalam kotak komen. Kalau ada pada simpanan, saya akan email kepada anda.

Jangan lupa klik LIKE kalau nota ini membantu anda. Terima kasih

Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

12 comments:

  1. Terima kasih budimu tuan,
    Akan ku kenang sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  2. salam..saya nak semua nota anatomi dan fisiologi dalam bahasa melayu boleh x? Deckone_94@yahoo.com..terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Minta nota jugak! sila hantar email saya semua nota PJM 3106 ke stephanie_stephygals@hotmail.com
    terima kasih byk byk!

    ReplyDelete
  4. salam. saya nak juga semua nota anatomi dan fisiologi dalam bahasa melayu. Email kat saya shazwani_rahim@yahoo.com. TQ

    ReplyDelete
  5. salam,,saya minor PJ di ipg,,boleh minta semua nota yang berkaitan dengan anatomi & fisiologi ..nie email saya agaseh_karisma09@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. salam,,saya minor PJ di ipg,,boleh minta semua nota yang berkaitan dengan anatomi & fisiologi ..nie email saya faranajua92@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. salam,,saya minor PJ di ipg,,boleh minta semua nota yang berkaitan dengan anatomi & fisiologi ..nie email saya rsief92@gmail.com

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. salam, terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu ini tuan...
    boleh saya dapatkan semua nota anatomi dan fisiologi?
    saya sgt memerlukan nota subjek untuk penambahan ilmu saya.
    ni email saya sitimariamnuzarman@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum... terima kasih ats perkongsian tu.. boleh tak saya nak full nota anatomi/? ney alamat email cy noorzuraida@ymail.com

    ReplyDelete