Arahan Guru PJ

Anda DIBENARKAN untuk copy, cut, mengambil, kongsi, memberi pendapat atau apa sahaja dengan apa cara sekalipun mengenai kandungan dalam blog ini. TIADA larangan daripada Tuan Padang. Ilmu itu harus disebarkan. Jangan lupa berikan KOMEN dan Happy Blogging :-)
Showing posts with label PJM3106. Show all posts
Showing posts with label PJM3106. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

Nota 'Ringkas' Anatomi dan Fisiologi.

Assalamualaikum ^_^ sebenarnya ramai yang meminta saya untuk meng'email'kan kepada mereka nota-nota untuk Anatomi n Fisiologi, namun saya tidak dpt dapat menghantar kepada rakan-rakan semua memandangkan saiz yang besar dan banyak sehinggakan saya keliru nak bagi mana satu. oleh itu, saya ringkaskan menjadi yang ini. Harap dapat membantu anda.

PJM3106 Anatomi dan Fisiologi by ebak

Wassalam..
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Tuesday, December 27, 2011

PJM3106 Anatomi dan Fisiologi : Sistem Peredaran Darah


Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup.
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Tuesday, November 29, 2011

PJM3106 Anatomi dan Fisiologi : Pengenalan sistem tubuh manusia


Anatomi
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan dan ‘tome’ bermaksud memotong.

Fisiologi
Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh.

Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang
berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan.

Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum.

Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi
organisasi struktural iaitu, aras organisme.



Sistem-sistem tubuh manusia.











Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Sunday, November 22, 2009

PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

Perhatian kepada semua Batch PISMP ambilan Januari 2009. Memandangkan ramai yang akan mengambil paper tu tahun depan maka kami dengan ini telah bersetuju untuk berkongsi nota-nota sebagai rujukan anda semua. namun demikian tepukan gemuruh dan semua ucapan terima kaseh anda haruslah ditujukan kepada PISMP BC ambilan januari 2008 (senior kami) kerana nota itu adalah hasil titik peluh mereka. Apapun selamat mendownload nota tersebut. Download menerusi Download site yang telah kami sediakan. harap maklum, sebarang keperluan lain sila komen kami.

kami juga mohon maaf kerana selalu tak update blog ini. hehehe besalah semua sebuk dgn urusan masing-masing.
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka