Arahan Guru PJ

Anda DIBENARKAN untuk copy, cut, mengambil, kongsi, memberi pendapat atau apa sahaja dengan apa cara sekalipun mengenai kandungan dalam blog ini. TIADA larangan daripada Tuan Padang. Ilmu itu harus disebarkan. Jangan lupa berikan KOMEN dan Happy Blogging :-)

Friday, November 25, 2011

Huraian Pelajaran Pendidikan Jasmani

Ini merupakan satu nota ringkas daripada saya berkenaan dengan Huraian sukatan pelajaran. Selamat Membaca!

Huraian sukatan pelajaran merupakan satu dokumen yang telah memperincikan dan menjelaskan dengan lebih lanjut sebarang maklumat yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran. Dalam dokumen ini, guru diminta untuk menjadi seorang yang kreatif dan bijak dalam memilih, mengolah dan menyusun aktiviti yang bersesuaian dengan murid. Guru boleh menambah tajuk di mana-mana yang perlu mengikut kesesuaian sekolah, murid dan persekitaran. Huraian sukatan ini hanya sekadar panduan kepada para guru untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan dan terbaik.

Kandungan dalam Huraian Sukatan Pelajaran berbeza dengan apa yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran. Perkara yang jelas berbeza ialah huraian sukatan mengandungi perincian terhadap objektif am kurikulum Pendidikan Jasmani untuk sekolah rendah. Dalam hasil pembelajaran huraian sukatan pelajaran terdapat tiga aras yang perlu dikuasai oleh murid. Aras pertama adalah aras yang mudah dan perlu dikuasai oleh murid. Bagi murid yang berkeupayaan dan berkebolehan adalah digalakkan untuk menguasai aras 2 dan aras 3.

Dalam huraian sukatan pengagihan masa bagi setiap tajuk dalam sesuatu tunjang pada setiap tahap adalah berkait rapat dengan perkembangan umur dan kemahiran motor murid. Pembahagian tajuk ini adalah sangat bersesuaian dan tidak melanggar aturan perkembangan mereka. Berikut merupakan klasifikasi pembahagian komponen tajuk-tajuk dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani mengikut tahap.
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Post a Comment