Arahan Guru PJ

Anda DIBENARKAN untuk copy, cut, mengambil, kongsi, memberi pendapat atau apa sahaja dengan apa cara sekalipun mengenai kandungan dalam blog ini. TIADA larangan daripada Tuan Padang. Ilmu itu harus disebarkan. Jangan lupa berikan KOMEN dan Happy Blogging :-)

Wednesday, October 20, 2010

Maklumbalas (Lakuan Motor)

Proses maklumbalas.

Dari beberapa kajian, didapati bahawa adalah munasabah untuk membandingkan organisma manusia dengan komputer. Ini adalah kerana kedua-duanya menjalankan fungsi menerima data atau maklumat dari sumber-sumber yang berlainan melalui perlbagai organ. Kemudian data-data itu akan direkod, disimpan dan diinterpretasikan. Data yang disimpan dan yang telah diinterpretasikan bersama data tambahan yang diterima akan digunakan untuk menggerak atau menyebabkan berlakunya tingkahlaku yang akan mempengaruhi dan memberi panduan kepada semua kegiatan organan. Data-data yang sedang dimasukkan akan menjalankan fungsi membuat pembetulan atau pengubahsuaian ke atas tingkahlaku dan pemikiran manusia. Proses menerima data, memuat interpretasi dan menyebabkan pengubahsuaian ke atas tingkahlaku ini dikenali sebagai maklumbalas atau feedback.

Dalam proses maklumbalas ini, sebarang pergerakan sukarela bermula dengan persepsi di mana objek atau peristiwa dikaitkan dengan yang lepas dan direkodkan di dalam otak. Apabila berbagai-bagai jenis pergerakan berlaku, kedua-dua tindakan pantulan dan sukarela saraf dirangsang akan membesar, mengembang dan membuat perhubungan yang baru. Apbila jalan baru itu ditamatkan maklumbalas bertambah dari organ penerima deria (reseptor) kepada sistem saraf pusat. Ini akan mendorong kepada berbagai-bagai pergerakan yang lebih rumit yang dapat merangsakan penerima deria dan sistem saraf. Maklumbalas ini akan berlaku dan ia merupakan satu motivasi mendorong individu melakukan proses persepsi selanjutnya seperti yang digambarkan pada rajah.

Mekanisma maklum balas ini adalah sesuai untuk menyempurnakan kemahiran motor dalam pendidikan jasmani supaya seseorang itu dapat memperoleh maklumat teknik kemahiran untuk melengkapkan tindakannya. Dengan kata lain , untuk memperoleh kemahiran, seorang individu mesti berupaya membandingkan pendapaian atau tingkahlakunya dengan satu matlamat yang khusus yang telah ditetapkan supaya dia dapat memajukan dirinya dalam proses pencapaian matlamat itu.

Maklumbalas dapat dihasilkan dalam dua bentuk maklumat, iaitu satu dikenali sebagai pengetahuan prestasi (KP) dan satu lagi sebagai pengetahuan keputusan (KR). Mengikut Bourne, maklum balas merupakan sejenis isyarat yang menunjukkan kebetulan,ketepatan dan kesesuaian sesuatu tindakan semasa dan selepas tindakan itu berlaku. Ia cuba memberi petunjuk mengenai pencapaian sesuatu tindakan atau tingkah laku yang telah berlaku. Contohnya, andaikan seseorang pemain tennis cuba membuat servis. Setelah reketnya menyentuh bola pemain tersebut dengan serta merta menerima maklumat dari pancaindera mata mengenai kebetulan dari tindakan pukulan servis itu (iaitu sama ada bola itu terjatuh dalam gelanggang atau tidak), jenis maklumat ini dikenali sebagai pengetahuan keputusan (KR). Disamping itu, jurulatih pemain tersebut mungkin sedang memerhatikan latihan yang sedang dijalankan dan mungkin akan membekalkan maklumat mengenai teknik-teknik yang betul untuk melakukan tindakan servis itu, jurulatih itu mungkin akan menyatakan bahawa “anda telah membengkokkan tangan semasa memukul bola” ini merupakan pengetahuan yang kritikal (KP) untuk tujuan memajukan kemahiran pemain-pemain.

Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Tuesday, October 12, 2010

Kadar Nadi.

Ramai yang masih keliru dengan Kadar Nadi Latihan, Kadar Nadi Maksimum dan Kadar Nadi rehat. Oleh sebab itu, saya memuatkan beberapa perkara yang perlu menjadi perhatian kita semua bagi menambahkan sedikit pengetahuan berkenaan Kadar Nadi ini.

Seperti yang sedia maklum seseorang individu yang bersenam perlu mengikut prinsip-prinsip senaman. Dalam bersenam, satu perkara yang mejadi penanda aras tahap senaman yang bermutu ialah, sesuatu senaman itu perlu dilakukan dengan penuh bersungguh-sungguh dan cukup lasak sehinggakan kita bernafas dengan kuat tetapi tidak semput dan tercungap-cungap. Sekiranya kita melakukan ini, kita akan meningkatkan kadar denyutan nadi kita antara 120-150dsm. Nilai ini adalah bersamaan dengan 60%-85% keupayaan maksimum anda. Barikut merupakan istilah-istilah yang ada dalam aktiviti mengambil kadar nadi:

· KNM = Kadar Nadi Maksimum (denyutan maksimum nadi bagi seseorang)

= formula : 220 – umur

· KNR = Kadar nadi rehat (denyutan nadi semasa berehat)

· KNL = Kadar Nadi Latihan (denyutan nadi untuk memulakann latihan)

= KNR + 60% (KNM – KNR)

Contohnya:

Umur = 40 tahun

Kadar Nadi rehat = 60bpm

KNL = KNR + 60% (KNM – KNR)

= 60 + 60% (180-60)

= 60 + 60% X 120

= 60 + 72

= 132 denyutan/minit

Berbagai formula yang digunakan untuk menganggarkan KNM individu berdasarkan umur, tetapi KNM bervariasi secara signifikan antara individu. Bahkan di dalam satu pasukan sukan elit, seperti pendayung Olimpik berusia 20-an, KNM boleh bervariasi dari 160 kepada 220. Kepelbagaian ini sebanyak 60 atau 90 tahun perbezaan usia dengan persamaan linear yang diberikan di bawah ini, dan menunjukkan variasi yang ekstrim tentang angka rata-rata ini. Rumus yang paling umum ditemui ialah KNM = 220 – umur.

Formula khas ini tidak dianggap sebagai indikator KNM yang baik oleh profesional kesihatan dan kecergasan yang terkenal. Kajian selama dua dekad menunjukkan bahawa rumus ini mempunyai kesilapan/kekeliruan yang inheren iaitu (Sxy = 7-11b/minit). Akibatnya, ia dianggap sebagai tidak mempunyai ketepatan mahupun merit saintifik untuk digunakan untuk fisiologi latihan dan bidang-bidang berkaitan. Kajian pada tahun 2002 daripada 43 formula yang berbeza untuk KNM termasuk di atas menyimpulkan sebagai berikut:

Rumus yang dianggap paling diterima adalah :

HR max = 205.8 - (0.685 × umur)

(Rumus ini ditemui memiliki standard deviasi, walaupun memiliki (6.4dpm), tetapi masih dianggap boleh diterima untuk kegunaan latihan.)

Sering dikutip rumus lain adalah:

HR max = 206.3 − (0.711 × age) HR max = 206.3 - (0.711 × usia)

(Kerap dihubungkan dengan "Londeree dan Moeschberger daripada University of Missouri-Columbia")

HR max = 217 − (0.85 × age) HR max = 217 - (0.85 × usia)

(Kerap dikaitkan dengan "Miller et al. Dari Indiana University")

HR max = 208 − (0.7 × age) HR max = 208 - (0.7 × usia)

(Lain "tweak" rumus tradisional dikenali sebagai kaedah Tanaka. Berdasarkan penelitian terhadap ribuan orang, suatu formula baru disusun yang diyakini lebih tepat. Angka-angka ini sangat berhampiran dan ia bergantung kepada sistem fisiologi dan kecergasan seseorang)

Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Saturday, October 9, 2010

Strategi Pengajaran.

Definisi strategi

Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.

Berpusatkan guru

Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP. Dengan adanya perkembangan sistem perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses PnP. Pelajar hanya bersifat pasif. Maka, hanya komunikasi sehala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi.

Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat yang wujud. Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru. Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita.

Berpusatkan murid

Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama dalam proses PnP. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara. Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.

Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat.

Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

Berpusatkan bahan

Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah.

Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan.

Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.

Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau uji kaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

Berpusatkan masalah

Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan proses penaakulan yang agak tinggi. Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian (hipotesis), menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar pendapat, bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya


Ramai yg keliru akan perbezaan strategi, kaedah dan teknik pengajaran. harap post kali ni dapat membantu..
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka