Definisi strategi
Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.
Berpusatkan guru
Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP. Dengan adanya perkembangan sistem perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses PnP. Pelajar hanya bersifat pasif. Maka, hanya komunikasi sehala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi.
Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat yang wujud. Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru. Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita.
Berpusatkan murid
Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama dalam proses PnP. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara. Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.
Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat.
Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.
Berpusatkan bahan
Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah.
Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan.
Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.
Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau uji kaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.
Berpusatkan masalah
Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan proses penaakulan yang agak tinggi. Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian (hipotesis), menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar pendapat, bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya
Ramai yg keliru akan perbezaan strategi, kaedah dan teknik pengajaran. harap post kali ni dapat membantu..
Post a Comment