Arahan Guru PJ

Anda DIBENARKAN untuk copy, cut, mengambil, kongsi, memberi pendapat atau apa sahaja dengan apa cara sekalipun mengenai kandungan dalam blog ini. TIADA larangan daripada Tuan Padang. Ilmu itu harus disebarkan. Jangan lupa berikan KOMEN dan Happy Blogging :-)

Tuesday, November 29, 2011

PJM3106 Anatomi dan Fisiologi : Pengenalan sistem tubuh manusia


Anatomi
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan dan ‘tome’ bermaksud memotong.

Fisiologi
Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh.

Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang
berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan.

Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum.

Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi
organisasi struktural iaitu, aras organisme.



Sistem-sistem tubuh manusia.











Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

PJM 3107 Gimnastik : Sejarah dan Pengenalan


Pengenalan

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk.

Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti , imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.
Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.

Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:
  1. Pendaratan
  2. Statik
  3. Gerak edar
  4. Putaran
  5. Hamburan
  6. Ayunan


Sejarah

Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai-ramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains ke masyarakat.

Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan. Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya.

Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik. Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan.



Pada tahun 1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah ditubuhkan. Kelab gimnastik atau turnverein merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat Dalam abad ke 18 dan 19 sukan gimnastik telah mendapat sambutan di negara-negara Scandinavia dan Jerman.

Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan. Gimnastik Swedish berdasarkan pergerakan berirama. Di negara Eropah yang penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan Olimpik 1896 acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia, Jepun, Czechoslovakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang dipertandingkan. Negara Rusia yang pertama kali menyertai pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helsinki pada tahun 1952.

Rusia telah memenangi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang dipertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik telah menjadi sukan yang penting dalam kalender sukan dunia. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu:
• Sukan Olimpik
• Kejohanan Dunia
• Kejohanan Eropah

Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali begitu juga dengan kejohanan gimnastik dunia namun kedua-dua kejohanan tidak dipertandingkan dalam tahun yang sama. Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun ganjil. Dalam kejohanan Eropah hanya pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja dipertandingkan dan dihadkan penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Friday, November 25, 2011

Konsep Setiap Tunjang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

Anda semua telah mengetahui bahawa Pendidikan Jasmani terdiri daripada 3 Tunjang utama, iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Namun demikian, masih ramai dikalangan guru dan guru pelatih khususnya dan masyarakat amnya kurang mengetahui mengenai perancangan dan agihan tunjang tersebut. Nota PJ yang seterusnya akan membincangkan konsep setiap tunjang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Selamat Membaca!

Tunjang 1 : Kecergasan

Kecergasan merupakan suatu tunjang yang membincangkan keupayaan murid melakukan aktiviti secara berterusan tanpa merasa letih dan lesu. Tumpuan dan yang khusus pada tunjang ini ialah komponen kesihatan dan komponen motor. Dalam tunjang kecergasan ini tidak semua aspek kesihatan fizikal diajarkan kepada murid. Terdapat beberapa tajuk yang tidak diajar kepada murid. Tajuk daya tahan otot dan kekuatan otot tidak diajarkan kepada murid tahun satu sehinggalah murid tahun tiga adalah mengambil kira faktor murid masih lagi lemah dari segi pembinaan otot kerana pada masa kini tisu otot dan tisu tulang. Pada masa kini, pembentukan sel tulang matang (osteosit) hasil daripada pemerangkapan fiber dan mineral oleh sel pembentuk tulang (osteoblast) sedang aktif berlaku. Oleh itu, aktiviti yang terlalu berat akan mengganggu proses pembentukan tulang ini. Berbanding murid di tahap 2, perkembangan tulang dan otot mereka adalah lebih matang sedikit daripada murid tahap 1. Dengan sokongan daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan, maka proses pembentukan tulang dan otot tidak akan diganggu. Malah otot dan tulang akan dilatih untuk menjadi lebih kuat dan matang. Sebagai contoh murid tahap 2 talah mula diberikan dengan tugasan aktiviti-aktiviti yang berperingkat berdasarkan umur.

Tajuk-tajuk Daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan merupakan tajuk yang diajar kepada murid tahap 1 sehingga ke tahap 2. Hal ini kerana, komponen tajuk ini membantu murid dalam proses perkembangan mereka. Perkembangan otot kardiak dan tisu otot perlu di bantu melalui latihan/ aktiviti yang boleh membantu seperti latihan aerobik bagi daya tahan kardiovaskular dan aktiviti seperti dirian Y, imbangan bangau, lentik kucing dan lari ulang-alik pula boleh membantu aspek imbangan, koordinasi dan ketangkasan. Komposisi badan pula diterapkan semasa tahun 6 kerana murid-murid tahun 6 sudah memiliki tubuh badan yang matang dan perlu dibentuk. Pada peringkat ini kesesuaian sukan yang diceburi juga berkaitan dengan anggota tubuh yang dimiliki. Masalah kegemukan juga dapat diatasi.

Tunjang 2: kemahiran

Tunjang 2 pula merupakan tunjang yang membincangkan dan menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan oto halus. Dalam tunjang kemahiran ini, tajuk-tajuk yang disentuh ialah kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi. Tahap 1 hanya mempelajari pergerakan asas, gimnastik dan pergerakan kreatif. Komponen tajuk ini sebenarnya satu signifikan daripada tajuk yang diajar di tunjang 1. Sebagai contoh, tajuk kelenturan dan koordinasi merupakan tajuk yang signifikan untuk murid belajar pergerakan kreatif, pergerakan asas dan gimnastik di tunjang 2. Oleh itu, pengalaman pembelajaran murid tidak akan mengganggu pembelajaran sedia ada mereka. Manakala permainan dan olahraga pula akan diajarkan kepada murid di tahap 2 kerana murid perlu diberikan tapak yang kukuh untuk mempelajari kemahiran olahraga dan permainan. Contohnya, dalam permainan bola baling, kemahiran memanipulasikan alatan seperti menyambut, membaling, berlari dan lain-lain lagi bermula daripada lakuan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor. Oleh itu, sekiranya kemahiran pergerakan asas telah diajarkan pada tahap 1, tiada masalah untuk mengajarkan kemahiran asas permainan dan olahraga.

Tunjang 3 Kesukanan

Tunjang 3 pula membincangkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan dalam kehidupan murid sebagai ahli dalam masyarakat. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. Isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan sukan dan etika dalam sukan tidak diajar di tahap 2 kerana tahap 1 masih muda dan mentah untuk menerima maklumat yang banyak dan susah. Penekanan pada peringkat sekolah rendah juga tidak terlalu ketat, memadai sekadar untuk menjadi pengetahuan asas murid semasa bersukan nanti.
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka