Arahan Guru PJ

Anda DIBENARKAN untuk copy, cut, mengambil, kongsi, memberi pendapat atau apa sahaja dengan apa cara sekalipun mengenai kandungan dalam blog ini. TIADA larangan daripada Tuan Padang. Ilmu itu harus disebarkan. Jangan lupa berikan KOMEN dan Happy Blogging :-)

Friday, November 25, 2011

Konsep Setiap Tunjang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

Anda semua telah mengetahui bahawa Pendidikan Jasmani terdiri daripada 3 Tunjang utama, iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Namun demikian, masih ramai dikalangan guru dan guru pelatih khususnya dan masyarakat amnya kurang mengetahui mengenai perancangan dan agihan tunjang tersebut. Nota PJ yang seterusnya akan membincangkan konsep setiap tunjang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Selamat Membaca!

Tunjang 1 : Kecergasan

Kecergasan merupakan suatu tunjang yang membincangkan keupayaan murid melakukan aktiviti secara berterusan tanpa merasa letih dan lesu. Tumpuan dan yang khusus pada tunjang ini ialah komponen kesihatan dan komponen motor. Dalam tunjang kecergasan ini tidak semua aspek kesihatan fizikal diajarkan kepada murid. Terdapat beberapa tajuk yang tidak diajar kepada murid. Tajuk daya tahan otot dan kekuatan otot tidak diajarkan kepada murid tahun satu sehinggalah murid tahun tiga adalah mengambil kira faktor murid masih lagi lemah dari segi pembinaan otot kerana pada masa kini tisu otot dan tisu tulang. Pada masa kini, pembentukan sel tulang matang (osteosit) hasil daripada pemerangkapan fiber dan mineral oleh sel pembentuk tulang (osteoblast) sedang aktif berlaku. Oleh itu, aktiviti yang terlalu berat akan mengganggu proses pembentukan tulang ini. Berbanding murid di tahap 2, perkembangan tulang dan otot mereka adalah lebih matang sedikit daripada murid tahap 1. Dengan sokongan daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan, maka proses pembentukan tulang dan otot tidak akan diganggu. Malah otot dan tulang akan dilatih untuk menjadi lebih kuat dan matang. Sebagai contoh murid tahap 2 talah mula diberikan dengan tugasan aktiviti-aktiviti yang berperingkat berdasarkan umur.

Tajuk-tajuk Daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan merupakan tajuk yang diajar kepada murid tahap 1 sehingga ke tahap 2. Hal ini kerana, komponen tajuk ini membantu murid dalam proses perkembangan mereka. Perkembangan otot kardiak dan tisu otot perlu di bantu melalui latihan/ aktiviti yang boleh membantu seperti latihan aerobik bagi daya tahan kardiovaskular dan aktiviti seperti dirian Y, imbangan bangau, lentik kucing dan lari ulang-alik pula boleh membantu aspek imbangan, koordinasi dan ketangkasan. Komposisi badan pula diterapkan semasa tahun 6 kerana murid-murid tahun 6 sudah memiliki tubuh badan yang matang dan perlu dibentuk. Pada peringkat ini kesesuaian sukan yang diceburi juga berkaitan dengan anggota tubuh yang dimiliki. Masalah kegemukan juga dapat diatasi.

Tunjang 2: kemahiran

Tunjang 2 pula merupakan tunjang yang membincangkan dan menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan oto halus. Dalam tunjang kemahiran ini, tajuk-tajuk yang disentuh ialah kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi. Tahap 1 hanya mempelajari pergerakan asas, gimnastik dan pergerakan kreatif. Komponen tajuk ini sebenarnya satu signifikan daripada tajuk yang diajar di tunjang 1. Sebagai contoh, tajuk kelenturan dan koordinasi merupakan tajuk yang signifikan untuk murid belajar pergerakan kreatif, pergerakan asas dan gimnastik di tunjang 2. Oleh itu, pengalaman pembelajaran murid tidak akan mengganggu pembelajaran sedia ada mereka. Manakala permainan dan olahraga pula akan diajarkan kepada murid di tahap 2 kerana murid perlu diberikan tapak yang kukuh untuk mempelajari kemahiran olahraga dan permainan. Contohnya, dalam permainan bola baling, kemahiran memanipulasikan alatan seperti menyambut, membaling, berlari dan lain-lain lagi bermula daripada lakuan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor. Oleh itu, sekiranya kemahiran pergerakan asas telah diajarkan pada tahap 1, tiada masalah untuk mengajarkan kemahiran asas permainan dan olahraga.

Tunjang 3 Kesukanan

Tunjang 3 pula membincangkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan dalam kehidupan murid sebagai ahli dalam masyarakat. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. Isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan sukan dan etika dalam sukan tidak diajar di tahap 2 kerana tahap 1 masih muda dan mentah untuk menerima maklumat yang banyak dan susah. Penekanan pada peringkat sekolah rendah juga tidak terlalu ketat, memadai sekadar untuk menjadi pengetahuan asas murid semasa bersukan nanti.
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Huraian Pelajaran Pendidikan Jasmani

Ini merupakan satu nota ringkas daripada saya berkenaan dengan Huraian sukatan pelajaran. Selamat Membaca!

Huraian sukatan pelajaran merupakan satu dokumen yang telah memperincikan dan menjelaskan dengan lebih lanjut sebarang maklumat yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran. Dalam dokumen ini, guru diminta untuk menjadi seorang yang kreatif dan bijak dalam memilih, mengolah dan menyusun aktiviti yang bersesuaian dengan murid. Guru boleh menambah tajuk di mana-mana yang perlu mengikut kesesuaian sekolah, murid dan persekitaran. Huraian sukatan ini hanya sekadar panduan kepada para guru untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan dan terbaik.

Kandungan dalam Huraian Sukatan Pelajaran berbeza dengan apa yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran. Perkara yang jelas berbeza ialah huraian sukatan mengandungi perincian terhadap objektif am kurikulum Pendidikan Jasmani untuk sekolah rendah. Dalam hasil pembelajaran huraian sukatan pelajaran terdapat tiga aras yang perlu dikuasai oleh murid. Aras pertama adalah aras yang mudah dan perlu dikuasai oleh murid. Bagi murid yang berkeupayaan dan berkebolehan adalah digalakkan untuk menguasai aras 2 dan aras 3.

Dalam huraian sukatan pengagihan masa bagi setiap tajuk dalam sesuatu tunjang pada setiap tahap adalah berkait rapat dengan perkembangan umur dan kemahiran motor murid. Pembahagian tajuk ini adalah sangat bersesuaian dan tidak melanggar aturan perkembangan mereka. Berikut merupakan klasifikasi pembahagian komponen tajuk-tajuk dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani mengikut tahap.
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Konsep Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

Sidang Pembaca yang budiman,

Ramai yang masih keliru atau masih tercari-cari, apakah konsep sebenar Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan bagaimana Sukatan Pejaran tersebut berhubungkait dengan Pendidikan Jasmani di Malaysia. Semua sedia maklum bahawa Pendidikan Jasmani diajarkan secara berbeza mengikut kesesuaian iklim pendidikan sesuatu negara. Oleh itu, di sini saya akan membincangkan seringkas mungkin bagaimana Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia dipraktikkan. Selamat Membaca!

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Pendidikan Jasmani. Sukatan Pelajaran ini merangkumi matlamat, objektif dan Organisasi kandungan merangkumi kemahiran berfikir, nilai-nilai murni, strategi pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan kandungan sukatan pelajaran yang membincangkan tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Sukatan pelajaran juga merupakan satu dokumen yang memberi panduan tentang skop dan kandungan mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi membantu guru-guru merancang pengajaran dan pembelajaran mereka.

Dalam erti kata lain, Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan platform pertama dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Jasmani dan Kurikulum Pendidikan Jasmani. Kandungan pelajaran yang terdapat did alam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR menekankan keupayaan dan perkembangan murid yang cergas dan aktif.

Penyusunan kandungan pelajaran Pendidikan Jasmani mengambil kira prinsip-prinsip perkembangan kurikulum itu sendiri. Penyusunan ini merangkumi prinsip pengulangan (repetition), kesepaduan (integration), ansur maju (progression), skop (scope) dan turutan (sequencing).

Prinsip pengulangan menyatakan bahawa ketiga-tiga tunjang adalah berulang dari tahun1 – 6. Manakala dalam kesepaduan pengajaran bagi semua pelajaran perlu mengambil kira konsep bersepadu yang merentasi kurikulum. Dua konsep utamanya ialah “intra” dan “inter”. “intra” ialah komponen utama yang terkandung di dalam Pendidikan Jasmani itu sendiri manakala “inter” pula ialah integrasi dengan pelajaran lain seperti seni dan muzik. Prinsip Ansur maju pula membincangkan susunan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang mengambil kira keutamaan topik bermula dengan yang mudah beransur menjadi kompleks. Penyusunan ini mengambil kira faktor perkembangan murid. Skop pula menggariskan ruang lingkup pengajaran itu boleh berlaku atau disampaikan oleh murid kepada guru. Prinsip turutan pula merupakan faktor yang menyebabkan sesuatu sukatan itu berlaku dalam turutan yang betul dan sentiasa berkesinambungan.

Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani, terdapat objektif yang dibincangkan mengikut tahun. Objektif ini diulang-ulang aspek kesepaduannya, ansur maju, skop dan turutan. Mengambil objektif am pelajaran bagi tahun 1 hingga 4, objektif am dalam tahun tersebut secara keseluruhannya mensasarkan murid-murid dapat melakukan aktiviti asas yang signifikan dengan perkembangan mereka. Apabila pembentukan kemahiran dan pengetahuan asas ini telah dibentuk maka mudahlah murid-murid tersebut melakukan aksi yang seterusnya yang lebih sukar dan pada tahap yang lebih tinggi. Manakala pada tahun 5, perbezaan dapat dilihat melalui objektif am yang digariskan.

Objektif am tersebut mengkehendaki murid untuk mula mengaplikasikan kemahiran asas yang dipelajari dan dapat menggabungkan dua dan lebih kemahiran dalam satu-satu masa. Objektif am bagi tahun 6 pula menggariskan satu pencapaian bagi kemahiran asas pada peringkat rendah. Dalam objektif ini, sukatan mensasarkan murid sudah boleh mengaplikasikan semua kemahiran permainan, olahraga dan gimnastik dengan betul dan selamat. Penekanan aspek sosial dan pergaulan turut ingin dicapai termasuklah pengetahuan terhadap nilai dan peraturan dalam masyarakat.
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka