Anda DIBENARKAN untuk copy, cut, mengambil, kongsi, memberi pendapat atau apa sahaja dengan apa cara sekalipun mengenai kandungan dalam blog ini. TIADA larangan daripada Tuan Padang. Ilmu itu harus disebarkan. Jangan lupa berikan KOMEN dan Happy Blogging :-)
Lama da aku tak post dalam blog..mcm da mati da blog ne..mungkin sbb kesibukan yang melampau-lampau. Kini aku kembali dgn penuh semangat untuk membantu kawan-kawan yang memerlukan. Terdapat banyak permintaan yang berkaitan dengan Pergerakan asas. Aku pernah Post dulu Pergerakan Asas ne. Tapi mungkin tak cukup. oleh itu aku bagilah satu presentation yang pernah Pensyarah kami beri dulu. harap membantu banyak kepada yang memerlukan.
Terima kasih buat mereka yang singgah di blog kami ini. Entry kali ni juga aku tujukan buat lan. Nah ambil la presentation ne..harap byk bantu ko ya lan. hehehe..
klik jer kat butang kecemasan ni yer.. then boleh terus download hehehe..
Pengenalan Jangkitan Seksual (STIs) adalah penyakit berjangkit melalui perhubungan seksual. Ada juga di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum secara rambang. Penyakit ini merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan.
Penyakit ini boleh berjangkit melalui cara berikut :
hubungan seks yang tidak selamat dan tidak mengambil langkah-langkah berjaga-jaga. hal ini termasuklah melakukan seks rambang dan bertukar-tukar pasangan serta tidak menggunakan pelindung.
ciuman
menyentuh kawasan yang dijangkiti
berkongsi jarum suntikan
Terdapat beberapa tanda dan gejala yang dapat dilihat sekiranya menghidap penyakit jangkitan seks ini, antaranya:
Bendalir yang berbau busuk dari vagina atau saluran kencing
Sakit semasa kencing
Ulser di mulut atau alat kelamin
Gatal pada kawasan kemaluan
Sakit di bahagian bawah abdomen
Bengkak pada pangkal peha
Kulit yang berkutil atau berketuat
Namun demikian perlu diingat, tidak semua jangkitan di bahagian alat kelamin disebabkan oleh penyakit jangkitan seks (contohnya : jangkitan kulat candidiasis di vagina).
Berikut merupakan beberapa jenis penyakit berjangkit yang berkaitan dengan seks, contohnya:
Human Immunoficiency virus/Acquired Immune Deficiency Syndrome (HIV/AIDS)
Chylamydia
Gonorea
Herpes Genital
Sifilis
Ketuat Genitil
pediculosis pubis (lice atau kutu di kawasan seksual)
hepatitis
Human Papiloma Viruses (HPVs)
Condylomata Accuminata
Molluscum Conagiosum
Uretius
Rawatan dari jangkitan
Pencegahan adalah lebih mudah daripada merawat.
Hanya STIs akibat jangkitan bakteria mungkin boleh dipulihkan sepenuhnya. STIs akibat jangkitan virus kadangkala berada di dalam badan untuk selamanya. Contohnya : AIDS, Herpes dan Human Papilloma Viruses. Mereka yang aktif dalam perhubungan seks, perlu membuat pemeriksaan doktor secara berkala supaya penyakit STIs dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal. Jika anda mengidap STIs adalah penting untuk memberitahu pasangan anda supaya beliau juga boleh mendapat rawatan.
Kesan dan Akibat Jangkitan penyakit seks ini.
Penyakit Radangan Pelvik (PID)
Kemandulan
Kandungan di luar rahim
kanser serviks
Jangkitan kepada bayi semasa proses kelahiran
Keguguran, kematian janin dan kecacatan pada bayi yang baru lahir
Senaman adalah satu aktiviti yang dilakukan bagi memastikan tubuh badan kita sentiasa berada dalam keadaan sihat. Senaman bukan sesuatu yang sukar untuk dilakukan dan tidak memerlukan sebarang peralatan yang canggih dan mahal. Pada masa kini ramai yang melakukan aktiviti senaman tidak menyedari kadang kala apa yang mereka lakukan adalah salah dan perlu diperbetulkan. Aktiviti senaman yang salah, pakaian yang tidak sesuai, kasut tumit yang nipis dan banyak lagi kesilapan yang dilakukan oleh kita tanpa memikirkan keselamatan dan kecederaan. Post kali ne bukan lah 100% perlu diikuti tetapi cukup sekadar sebagai panduan untuk asas dalam senaman. Post ini juga hanya sesuai bagi golongan yang tidak terlibat dengan mana2 acara sukan dan sesuai bagi golongan yang menjadikan senaman sebagai satu budaya yang sihat. Atlit sukan perlu mengikuti periodisasi latihan yang sesuai dengan acara sukan yang diceburi.
Bersenam mengikut prinsip
F-Kekerapan senaman (Frequency)-3-5 kali seminggu
I-Intensiti senaman (Intensity)– pada Kadar Nadi Latihan/hingga anda berpeluh dan menarik nafaspanjang dengan selesa.
T-Masa (Time) -sekurang-kurang 20 minit setiap kali (tidak termasuk 3 – 5 minit waktummemanas dan menyejukkan badan sebelum dan sesudah bersenam)