Arahan Guru PJ

Anda DIBENARKAN untuk copy, cut, mengambil, kongsi, memberi pendapat atau apa sahaja dengan apa cara sekalipun mengenai kandungan dalam blog ini. TIADA larangan daripada Tuan Padang. Ilmu itu harus disebarkan. Jangan lupa berikan KOMEN dan Happy Blogging :-)

Sunday, July 26, 2009

Penyakit Jangkitan Seks...

Pengenalan
Jangkitan Seksual (STIs) adalah penyakit berjangkit melalui perhubungan seksual. Ada juga di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum secara rambang. Penyakit ini merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan.

Penyakit ini boleh berjangkit melalui cara berikut :
  1. hubungan seks yang tidak selamat dan tidak mengambil langkah-langkah berjaga-jaga. hal ini termasuklah melakukan seks rambang dan bertukar-tukar pasangan serta tidak menggunakan pelindung.
  2. ciuman
  3. menyentuh kawasan yang dijangkiti
  4. berkongsi jarum suntikan
Terdapat beberapa tanda dan gejala yang dapat dilihat sekiranya menghidap penyakit jangkitan seks ini, antaranya:
  • Bendalir yang berbau busuk dari vagina atau saluran kencing
  • Sakit semasa kencing
  • Ulser di mulut atau alat kelamin
  • Gatal pada kawasan kemaluan
  • Sakit di bahagian bawah abdomen
  • Bengkak pada pangkal peha
  • Kulit yang berkutil atau berketuat
Namun demikian perlu diingat, tidak semua jangkitan di bahagian alat kelamin disebabkan oleh penyakit jangkitan seks (contohnya : jangkitan kulat candidiasis di vagina).

Berikut merupakan beberapa jenis penyakit berjangkit yang berkaitan dengan seks, contohnya:
  • Human Immunoficiency virus/Acquired Immune Deficiency Syndrome (HIV/AIDS)
  • Chylamydia
  • Gonorea
  • Herpes Genital
  • Sifilis
  • Ketuat Genitil
  • pediculosis pubis (lice atau kutu di kawasan seksual)
  • hepatitis
  • Human Papiloma Viruses (HPVs)
  • Condylomata Accuminata
  • Molluscum Conagiosum
  • Uretius
Rawatan dari jangkitan

Pencegahan adalah lebih mudah daripada merawat.

Hanya STIs akibat jangkitan bakteria mungkin boleh dipulihkan sepenuhnya. STIs akibat jangkitan virus kadangkala berada di dalam badan untuk selamanya. Contohnya : AIDS, Herpes dan Human Papilloma Viruses. Mereka yang aktif dalam perhubungan seks, perlu membuat pemeriksaan doktor secara berkala supaya penyakit STIs dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal. Jika anda mengidap STIs adalah penting untuk memberitahu pasangan anda supaya beliau juga boleh mendapat rawatan.

Kesan dan Akibat Jangkitan penyakit seks ini.

  • Penyakit Radangan Pelvik (PID)
  • Kemandulan
  • Kandungan di luar rahim
  • kanser serviks
  • Jangkitan kepada bayi semasa proses kelahiran
  • Keguguran, kematian janin dan kecacatan pada bayi yang baru lahir
  • Kematian, contohnya : AIDS
sumber maklumat ini dipetik daripada MyHEALTH

sila klik di link berikut utk mendapatkan maklumat tambahan daripada MyHealth
Ini saja yg mampu aku bantu utk kawan-kawan yg mengambil subjek ini. Utk budak-budak HYPER-X jgn lupa buat KKBI tu ar...
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Tuesday, June 2, 2009

Senaman

Senaman adalah satu aktiviti yang dilakukan bagi memastikan tubuh badan kita sentiasa berada dalam keadaan sihat. Senaman bukan sesuatu yang sukar untuk dilakukan dan tidak memerlukan sebarang peralatan yang canggih dan mahal. Pada masa kini ramai yang melakukan aktiviti senaman tidak menyedari kadang kala apa yang mereka lakukan adalah salah dan perlu diperbetulkan. Aktiviti senaman yang salah, pakaian yang tidak sesuai, kasut tumit yang nipis dan banyak lagi kesilapan yang dilakukan oleh kita tanpa memikirkan keselamatan dan kecederaan. Post kali ne bukan lah 100% perlu diikuti tetapi cukup sekadar sebagai panduan untuk asas dalam senaman. Post ini juga hanya sesuai bagi golongan yang tidak terlibat dengan mana2 acara sukan dan sesuai bagi golongan yang menjadikan senaman sebagai satu budaya yang sihat. Atlit sukan perlu mengikuti periodisasi latihan yang sesuai dengan acara sukan yang diceburi.

Bersenam mengikut prinsip

F - Kekerapan senaman (Frequency) - 3-5 kali seminggu

I - Intensiti senaman (Intensity) – pada Kadar Nadi Latihan/hingga anda berpeluh dan menarik nafas panjang dengan selesa.

T - Masa (Time) - sekurang-kurang 20 minit setiap kali (tidak termasuk 3 – 5 minit waktummemanas dan menyejukkan badan sebelum dan sesudah bersenam)

T - Jenis senaman (Type) - Lakukan senaman bercorak aerobik

Kaedah memanaskan badan

1. memanaskan badan (warm-up) dan regangan (stretching)

2. melakukan aktiviti senaman (senam robik, joging, berjalan laju dsb) atau aktiviti sukan yang lain.

3. menyejukkan badan

Memanaskan badan.

  1. Meninggikan suhu otot dan suhu badan

keseluruhannya.

  1. Memberi isyarat kepada jantung dan paru-paru untuk bersedia menampung keperluan aktiviti kecergasan berterusan.
  2. Mengelakkan keederaan pada otot-otot ligemen dan sendi.
  3. Meningkatkan prestasi dalam melaksanakan aktiviti atau sukan.

Regangan

  1. Jangan paksakan sesuatu pergerakan.
  1. Jangan mengulang-ulangkan pergerakan regangan.
  2. Gerakkan anggota berkenaan kepada kedudukan yang paling tegang secara beransur-ansur dan kekalkan.
  3. Bernafas secara normal dan jangan hentikan pernafasan kerana ini akan menegangkan lagi otot.
  4. Kekalkan regangan itu buat 10 – 30 saat.

Faedah regangan.

  1. Sendi-sendi bergerak dengan licin tanpa rintangan.
  1. Mengurangkan/mengelakkan penyakit ‘Muskulo Skeletal’.
  2. Mengelakkan kecederaan pada otot tendon / ligamen.
  3. Mempercepatkan peredaran darah.
  4. Benarkan pergerakan maksima.
  5. Cepatkan pembuangan kumuh supaya tidak terasa sakit/tegang otot.
  6. Rehatkan otot-otot yang tegang oleh kerana terasa sakit/tegang otot.
  7. Darah tidak terkumpul di bahagian tertentu.
  1. Mengekalkan kelembutan.

Panduan senaman.

Pakai pakaian yang sesuai.

Elak dari bersenam dan bersukan dalam tempoh 2 jam selepas makan.

Minum air secukupnya.

Berhenti bila merasa semput atau sakit dada

Lakukan joging atau berlari menyonsang arah lalu lintas.

Gunakan alat pemantul cahaya pada baju ketika bersenam di waktu gelap (malam/awal pagi).

Jangan guna peralatan yang rosak.

Jangan lakukan aktiviti di tempat yang tidak

selamat.

Jangan bersenam jika tidak sihat.

Jangan bersenam ketika cuaca sangat panas,

terlalu gelap atau kadar pencemaran udara tinggi.

Jangan terus mandi selepas senaman.

Faedah bersenam

  1. Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki system edaran darah.
  1. Meningkatkan kecekapan pergerakan dan kelembutan badan.
  2. Memperbaiki tonus dan postur.
  3. Menambah kekuatan dan dayatahan otot.
  4. Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan.
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka

Thursday, April 30, 2009

Prinsip-prinsip Latihan Fizikal

Prinsip lebihan bebanan.

prestasi fizikal akan meningkat bila berlaku penambahan dalam bebanan kerja. penambahan beban kerja perlu dilakukan secara progresif setelah badan atau sistem biologi dapat mengadaptasi bebanan kerja yang dikenakan. Penambahan boleh dilakukan dengan memanipulasikan beban pembolehubah-pembolehubah berikut:
  • intensiti latihan : kualiti kerja
  • frekuensi latihan : kekerapan latihan
  • jangkamasa : masa yang diambil bagi sesuatu latihan.
perbezaan Individu
setiap individu mempunyai kadar peningkatan prestasi yang tidak sama bagi sesuatu latihan fizikal. Periodisasi latihan yang dirancang adalah berdasarkan keupayaan individu mengadaptasikan diri dengan latihan dalam kadar cepat atau lambat.. perbezaan ini banyak mempengaruhi tahap keupayaan dan tahap kecergasan fizikal.

Prinsip Kekhususan.
Komponen-komponen fizikal atau sistem tenaga adalah berbeza antara satu sukan dengan sukan yang lain. Latihan yang dijalankan hendaklah dikhususkan kepada kehendak suka yang diceburi. Sebagai contoh, Erwin adalah atlit acara pecut maka latihan yang diberikan hendaklah yang berkaitan untuk meningkatkan keupayaannya dalam acara pecutan. Kaedah latihan yang dapat meningkatkan keupayaan komponen ini hendaklah diberikan penumpuan.

Prinsip Kebolehbalikan
Kesan atau hasil daripad latihan bukanlah sesuatu yang kekal. sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku. pada umunya penuruann dalam daya tahan mengambil masa yan lebih singkat berbanding daripada meningkatkannya. Prestasi fizikal menurun dengan ketara jika latiahan tidak dilakukan lebih daripada 72 jam. Oleh itu, terdapat fasa transisi selepas sesuatu pertandingan bagi mengekalkan prestasi dan kecergasan atlit.

Prinsip Kepelbagaian Latihan.
Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat dan individu dalam sesuatu aktiviti atau mengelakkan kebosanan. Kepelbagaian Latihan juga menjurus kepada kebolehan jurulatih memberikan latihan yang pelbagai tetapi masih berkaitrapat dengan sukan yang diceburi. Sebagai Contoh, atlit jarak jauh boleh diberikan latihan berbasikal.
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka