Jangkitan Seksual (STIs) adalah penyakit berjangkit melalui perhubungan seksual. Ada juga di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum secara rambang. Penyakit ini merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan.
Penyakit ini boleh berjangkit melalui cara berikut :
- hubungan seks yang tidak selamat dan tidak mengambil langkah-langkah berjaga-jaga. hal ini termasuklah melakukan seks rambang dan bertukar-tukar pasangan serta tidak menggunakan pelindung.
- ciuman
- menyentuh kawasan yang dijangkiti
- berkongsi jarum suntikan
- Bendalir yang berbau busuk dari vagina atau saluran kencing
- Sakit semasa kencing
- Ulser di mulut atau alat kelamin
- Gatal pada kawasan kemaluan
- Sakit di bahagian bawah abdomen
- Bengkak pada pangkal peha
- Kulit yang berkutil atau berketuat
Berikut merupakan beberapa jenis penyakit berjangkit yang berkaitan dengan seks, contohnya:
- Human Immunoficiency virus/Acquired Immune Deficiency Syndrome (HIV/AIDS)
- Chylamydia
- Gonorea
- Herpes Genital
- Sifilis
- Ketuat Genitil
- pediculosis pubis (lice atau kutu di kawasan seksual)
- hepatitis
- Human Papiloma Viruses (HPVs)
- Condylomata Accuminata
- Molluscum Conagiosum
- Uretius
Pencegahan adalah lebih mudah daripada merawat.
Hanya STIs akibat jangkitan bakteria mungkin boleh dipulihkan sepenuhnya. STIs akibat jangkitan virus kadangkala berada di dalam badan untuk selamanya. Contohnya : AIDS, Herpes dan Human Papilloma Viruses. Mereka yang aktif dalam perhubungan seks, perlu membuat pemeriksaan doktor secara berkala supaya penyakit STIs dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal. Jika anda mengidap STIs adalah penting untuk memberitahu pasangan anda supaya beliau juga boleh mendapat rawatan.
Kesan dan Akibat Jangkitan penyakit seks ini.
- Penyakit Radangan Pelvik (PID)
- Kemandulan
- Kandungan di luar rahim
- kanser serviks
- Jangkitan kepada bayi semasa proses kelahiran
- Keguguran, kematian janin dan kecacatan pada bayi yang baru lahir
- Kematian, contohnya : AIDS
sila klik di link berikut utk mendapatkan maklumat tambahan daripada MyHealth
Ini saja yg mampu aku bantu utk kawan-kawan yg mengambil subjek ini. Utk budak-budak HYPER-X jgn lupa buat KKBI tu ar...